Tuesday, June 3, 2014

the memorable february

hai readers!

fyi, today maseh cuti lagi di sarawak
esok baru keja

so di sebabkan saya tidak ke mana2 cuti ni mari kita blogging
dah 4 bulan bergelar tunangan pada en yakup baru nak update
sorry la ye kalau ada yang menunggu
ada keeee? :P

lemme update with hantaran utk i that day
5 dulang berbalas 7
semua hantaran are done beautifully by khaiweddingdeco



kain pasang given by Juzz my bff

 chocs 



 cincin emas for tanda
diamond ring for cincin tunang

cincin ni ada cerita dia
cincin tunang dah beli bulan nov
bila dia datang in december ajak i shopping hantaran
sekali dia kata jom beli cincin 
eh cincin lagi?
cincin tanda lah sayanggg 
owhhh kena ada eh?
hehee

i seronok je kaannn
beli plain je gold ring 
:D

 handbag idaman
:)

 jadore perfume set
i memang lamaaaa suka bau ni


and here is my mini pelamin
this is beyond perfection
i told khai to make me a simple one
dorang tgh buat2 tu i kat dalam tau
bila kuar je tengok i macam nak nangis
lawaaaaa nyaaaaaaa
ni bukan mini dah ni
hahahaha

thanx khai from khaiweddingdeco
u are the best!
i dah booked dia for my pelamin akad nikah :)
tak nak org lain hihi


dlm kol 1030 pagi camtu rombongan lelaki dah sampai
rombongan ni dari bintulu and mukah
kata jodoh org bintulu kan
:)


 my future FIL :)

my bff semua jadi reporter masok bilik
rombongan lelaki dah datang dah fieza!
jantong aku ni macam nak pecah dah
hahaha

nervous siot
and then ramai plak yang datang masok bilik tgk bakal tunangan org ni
kwn2 callcenter TM dulu pun ramai yang datang
semua yg i invite datang okehh
tengkiyuuuu sangat!
meriah uols!

and then tiba lah masa yang dinanti
chewah!
fieza, dah boleh keluar dah. jom kata bobet
waaaaaaa menggeletar
sempat selawat banyak2 mintak tenangkan hati :)


 with bobet yang siap pegang my tangan kuat2
i love you bobet!

bila sampai kat dais i dudoklah kan
waahhh macam mimpi kauuu
tak sangka betol nak tunang2 ni
plan asal ingat nak merisik je
haahha

my future MIL pun sarungkan both cincin on my jari manis
nervous gila 
hahhaaa
tapi bahagianya masa tu Tuhan je tau
Alhamdulilah Ya Allah :D

 happy!

selepas upacara sarung cincin, kemudian wakil kedua belah pihak pun tandatangan di Watikah Pertunangan
kira dah selesai
siap my uncle cakap ni maknanya dah kena cop
tak boleh dah nak tgk other guys
oh yes uncle, im done looking
i just want my man :D


 bacaan doa selamat

masa ni my tunang takde
dia kat luar rumah with his friends
bila selesai je baru dia masok

i still remember how he looked at me when he first saw me after the ceremony
that smile awwhhhh im so blessed having him in my life

 turn dia plak salam2 all uncles

 with my dad and brothers. 
 baru lengkap 6 adik beradik
from left is my abg as abg kedua-abg amat abg no 3-tunang-me-abg syahrul abg sulong-saiful adik lelaki-yg dudok is ida my adik bongsu

suka pic ni hhehehe

 my big family!

 with mommy and daddy

 with his family. adik no 2 tak dapat datang. 

 with the whole rombongan lelaki
terharu okayyy
dorang datang semua dari jaoh naik flight siap
from bintulu and mukah
:')

with my bffs
semua pakat pakai merah
very chantek in the picture
i owe these girls so much
banyak dorang tolong
thanx sayang2 ku sue, bobet, nieza and juzz :D

freestyle katanya

i superlove this shot! :D

potong kek tunang :D

the cake is sponsored by kak Nora my SIL
thanx a lot
actually on that day semua abg2 kakak2 ipar sponsor macam
ada yg beli ini lah bayar itu la
thanx a lot
murah rezeki bertunang ni
seronok :D

 suka la tu? hahhaa

with his bestfriends, hubs and wife
aji and acherm

teringat lagi dulu my tunang ajak i pegi lunch date at pullman with this couple
nebesla jugak sbb tak kenal 
now dorang datang at our engagement
hehehe

our hantarans :D

alhamdulilah now dah 4 bulan bertunang
nothing much la just that dah ada ikatan yg lebih dekat
makin sayang lah of course
bila dah tunang ni baru lah tak segan nak pegi umah kan
in fact last month i pegi bintulu nak jmpa family dia
siap short trip to miri to see her auntie lagi
hehe seronok
will update on it nanti

now we have 6 months to get ready for the big day
dia di KL, aku di kuching
dah setahun dah LDR
so far so good
he treated my like princess everyday :D

dia jenis kuat kerja plus dah dapat permanent position at UK based O&G company in KLCC
(senanglah i nak sopppingggg lol)
memang busy okayyyy
tapi ive to understand
dia busy camana pun he will whatsapp to tell me he is safely home
thats just enough for me

yang penting is understand each other

semoga ikatan kasih sayang teguh hingga ke jinjang pelamin
in december insyaAllah :D

till next entry
byebye!

Wednesday, May 21, 2014

berusahalah!

yeah.

im in the process of losing weights people!
ohmaigad ntah berapa kali entah nak lose weight ni
salu gagal jekkk

tapi kali ni tak boleh gagal uols.
sbb i punya BMI sangat mencanak naiknya
berat pun dah melampau naik
and kebetulan opis tgh buat program kuruskan badan
haaa mana nak cari peluang camni kan?
alang2 dah masok program tu bolehla slim sket
nak kawen some more

plus my fiance very kindly offer to buy me ehemsss very best lah giftnya
bila dah berjaya turun 10kg ok!
so i told him, i dah turun 2kg ni
8kg lagi u kena beli i gift hahhaaha
kompiden sangat ni
:D

2minggu ni i memang watch what i eat
apa i minum pun i pk
tipulah tak makan terus kan
alah i jaga makan jek
bukan tak makan terus

nak tips?

ok heres the tips i learnt from a friend

air kosong kena banyak2 minum
at least la 2liter
kalau loya tekak nak minum air kosong, tambahla hirisan lemon and timun
good for detox and for your skin too

and nasik.
talk about nasik. sapa tak suka weh?
i cannot go without my nasik
ada nurse ni ajar i
kalau biasa makan sepinggan cuba try setengah pinggan
so i did.
bila dah biasa u wont crave for more
i now dah biasa makan nasik sikit kalo makan banyak i rasa muak
aiseh
eh tapi betol
disiplin kena jaga

i nasik makan time lunch je
masa tu la i kunyah slow2 nasik ni sbb i tau malam tak makan dah
sangat dihargai okkkk hahaha
lauk banyak takpe
kalau lapa lagi kau makan jek sayor banyak2

dinner i makan lauk je
apa yg ada kat dapor i makan
esp lepas balik keja kan lapa
i ratah je
no nasik
tapi kalau i lapar sangat i mkn jugak nasik
sesudu kecik then dah
jgn toleh lagi periuk nasik tu

another tips is exercise!
exercise kena buat
jangan malas
mula2 sehari seminggu la nak aerobik ke apa
like me kat opis ada 2x aerobik
so i joined sbb free
then hari lain i just brisk walk kat park

pendek kata kena jaga makan+exercise+air kosong+kurangkan gula

tu jek
takyah nak amik supplement mahal2
kalau beli pun bukannya korang makan kan?
esok lusa adalah kot
minggu depan dah pandang jek botol supplement tu
hahahah
akulah tu
:P

walaupun baru 2kg im looking forward to lose more
bukannnya i nak slim macam model
cukuplah i sihat and can look good on my wedding
i want to fit in my vera wang's
hahaha tipu jek
ada ati kannnnn

setiap rabu i akan timbang myself
so far so good
jangan putus asa yawls
bukan senang tapi its possible

i nak kawen nanti berat sama dengan no umah
hahaha
sapa2 tau no umah i taulaaa khennn
;P

oklah.
i nak tido.

pada yg tgh weight loss challenge ni kuatkan hati ye
sebab musuh paling durjana adalah diri sendiri
hahahhaa

till next entry!
mmuaaahhh!






















Thursday, May 15, 2014

hello, rinduuuuu

hai.

i know i know
sudah bersarang my blog ni
idk why malas betol nak update
sedangkan banyak masa boleh
tapi i enjoy baca blog orang
sampai blog sendiri tak update pun no hal

for now i busy nak kawen uols
ok nak buat announcement
hehhee
saya bakal berkahwin tahun ini juga
disember depan insyaAllah
wahhh tgh menaip ni cam nervous plak
hehehee

akad nikah - 25th december
reception -  26th december

my reception nanti buat malam
insyaAllah d dewan baitulmal, kuching

bukan senang ye nak kawen
macam2 benda nak prepare and soon i will appoint a wedding planner to help us
:)

i will update more soon on my wedding preparation
sebab akan jadi kenangan for me and my tunang and for our kids hehehe
insyaAllah






















Tuesday, February 11, 2014

majlis pertunangan yours truly 01.02.2014


its been a week now since i have the title tunangan orang to my beloved man, mohd yakup
alhamdulilah the day went well so amazingly wonderful

majlis pertunangan fieza and mohd yakup
venue: rumah saya
tarikh: 1st february 2014
masa: 1030 pagi

okay i now nak recall balik on that day
it was on a saturday morning
memang  bangun awaaaall gila dalam kol 5am camtu okk
ya ampun nabesnyaaa

lepas subuh semua i had a breakfast sbb mesti alas perut
kang lapa susah kan
then lam kol 8 camtu my makeup artist wasehh alah yg mekap ni kwn i jek pun
jojo my ex colleague masa kat TM dulu
i memang suka dia mekap
sbb sukaaa sangat i penah cakap kat dia "mun mek betunang ktk mekap kmk k!"
so since i penah cakap kat dia macamtu haruslaaaa nak dia jugak mekapkan kita on my day
after sejam kot mekap, inilah hasilnyaaaa!
taraaaa!

fiezapurple very the

dlm kol 10 pagi macam tu jemputan mula ramai
i buat majlis kecik2 jeee tak sampai 200 pax pun i jemput
sebab majlis tunang jek kan
kalau wedding nanti haa semua akan djemput hadir

pics taken from my fb, kwn2 punya fb i download je
official photos will be given in cd soon
yg tu akan ada part 2 la
i share pics hantaran semua k
yg ni semua campor2 nak tggu kang lama pulak

here is my mini pelamin
done by khaiweddingdeco
google jek korang akan jmpa blog dia


cantek tak?
heeee
im soooo in love with my dais
i rasa macam tak caya akan ada dais macam ni
sangat chantek in picture and off picture

masa khai buat pelamin ni hari khamis dia dtg with another 2 assistants
mula2 dia buat simple jek i tgh busy siapkan doorgifts
bila i tgk lagi sekali waaahhhhhh!
chantek sangat ni
ni bukan mini pelamin lagi dah ni
hhehehee
alhamdulilah
thanx khai buat ahkak teruja sangat rasa macam princess atas mini dais sendiri ;P

oh lupa nak cerita
dlm kol 8 camtu ada bunga girl came to my place
nak hantar hand bouquet yg i ordered before
i order kat dayang, dia keja kat satu famous florist ni
kan i betunang masa CNY dah pastilah kedai tutup kan
nasib baik lah ada dayang ni tolong buatkan
12 kuntum fresh white and pink roses
sangat chantek! sukaaaa

dah siap mekap semua ramai la kawan2 datang siap masok dlm bilik
esp my ex colleagues kat TM duluu
lama gila tak jumpa

then tak lama lepas tu bobet told me that rombongan lelaki dah sampai
wahhh macam ada drumroll plak dlm perut aku masa tu
nabesss sangat!

dlm masa 10mins lepas tu bobet cakap i have to go out now to the living hall
ya Allah masa ni terketar2 lutut semua apa lah ada
sejok kaki tangan ni ha
hehehhe

i selawat banyak2 mintak tenteramkan hati
mintak ketenangan kekuatan semualah
then bobet iringkan i jalan keluar
sib baik ada bobet
i memang tak boleh dah nak jln sendiri

bila i dudok tu i nampak semua dah ada kat luar
kecuali my tunang
dia tunggu kat luar sampai abis ceremony



then tibalah saat upacara disarungkan cincin oleh bakal ibu mertuaku
menggeletarrrr tangan ni baq hangggg!
ahahaahahhaaha
kompomla menggeletar khennnn
i rasa semua yg penah betunang dah rasa apa i rasa kot
takdenya kau nak selambe ye ye jek depan bakal mil
hehe




here are my rings
satu cincin belah rotan as cincin tanda
and my cincin tunang is a white gold with seven tiny diamonds on it
which i love so very much
i picked that ring because it represents my bday date hehee (thanx sayang!)
bln dec lepas dah siap beli sempena sale habib :)

lepas abis baca doa selamat, jemputan dijemput makan
my fam and his family sambung sesi begambar
seronok!

my mum, my tunang, me and his mom

hantaran adalah 5 berbalas 7
nanti cita lebih lanjut hantarannya k :)

muka happy!


my family!


since the day i officially in a relationship with him i never posted our picture together
so now dah bertunang dah boleh dah kot share his pics here as kenangan
:)

mr y and me!
i love this pic so muc
we looked soooo happy here :D

cake cutting!

the cake was given by kak nora and abg as for us to share w family members
seronok time ni
macam2 pose!

with my bestfriends for life!
thank you for everything juzz, bobet and nieza
i surely cant repay all your kindness for me
for being there, for sharing my happiness, for contributions, for all the gifts given
may Allah grant you guys with endless happiness :)

with anak buah kesayangan!

alhamdulilah syukur for this nikmat dan rezeki
i finally selamat menjadi tunangan orang
menjadi tunang kepada insan yang paling disayangi
he is my missing puzzle which i looked for so many years
akhirnya jumpa jugak!

over all it was a wonderful engagement ceremony
makan sedap, jemputan happy no hiccups sangatlah
it just went sooo smoothly i kept on saying alhamdulilah the whole day

nanti i share more pics soon
album dah siap tp cd my official photog tak kasi lagi
maybe esok kot
nanti i update pics jek utk tatapan readers lama dan baruku

here is the vendors for my E-day

mini dais+hantaran for both sides: khaiweddingdeco
catering: patimahmail catering 
mekap: jojo (if you interested can ask me for his no)
my baju tunang: custom made kurung moden with sulam tebuk+heavy roses beading by city tailor
my hand bouquet: dayang
my tunang cake: by tecauldron (google jek)
my doorgifts: cupcakes by anor
my official photog: en mazlan my mum's friend

doakan ikatan kami kekal ke jinjang pelamin insyaAllah
wedding will follow suit hujung tahun ini in december
tapi tarikh akan ditetapkan kemudian

omg im getting married in less than a year
gulp.

;P

okay till then!
xoxo
















Tuesday, January 28, 2014

he's coming home!

feels like friday jek today
because i usually will fetch him up at the airport on fridays
tapi kali ni dia datang selasa
waahhhh awal betol
kejap lagi dia sampai
2 jammmm je lagi
jyeaahhhhh

excited ni nak jmpa
after 4weekends tak spend together
lamaaa sunggoh rasanya
dah kata LDR kannn

esok family dia akan datang
hoho nabes ni nak jmpa semuaa
its really happening kan?
waahhh rasa lamaaa je dah planning for the e-day
tup tup brp hari lagi nak naik mini pelamin
:)

okaylah uols
ai nak masak mushroom pasta for my bakal tunang
wahhh kau
dia sampai kang mesti lapar
kenal sangat dia tu

till next update!
xoxo

Tuesday, January 21, 2014

preparation for E-day next week!

salam my readers
dah 21hb dah ni
nebes ni
;P

actually i was busy with my E-day preparation these past few weeks
ke sana ke sini nak carik hantaran bla bla
nak hantar deco lagi nak book mini dais caterer segala2 nyalah
ingat malas nauu nak update tp blog ni lah yg akan simpan segala macam cerita nanti
dlm IG tak best sangat nak update sbb kecik jek ruang nya kan

let me start with the E-day card
actually tak teringat langsung nak buat kad ni uols
sbb ingatkan tak penting
until i whatsapped with juzz and she said org nak buat kenduri doa selamat pun siap ada kad
ko yg nak bertunang ni takkan la takde hahaha
okkkkk mana nak alert ye tak?

so i google la kad2 online ni kat images semua
and i found a design sgt comel
and i sent the pic to oon in japan(oon is my dear friend yg tgh pursue Phd there)
dia ni terer kalo bab2 design photoshop semualah
harap aku ni lukis basikal pun tak lepas

after a week she sent me an email of drafted design
drafted pun dah lawa
after edit sana sket sini sket and here is the outcome
tadaaaaa!



lawa kan?
thanx oon for this beautiful card :D
i really really appreciate your help
mwah!

wahhhh macam tak pecayeeee plak our names will be together in a card
actually the design has a story behind it
nampak tak nama weols dlm tu
kiranya cincin tu adalah ikatan awal antara kami; yang dah kapel for more than a year now
that colourful diamonds actually the colours he brings into my life
he completes me
he makes me happy all over again
he treats me so good i feel like i dont deserve this at all but im glad i have him

oh im all sappy right now sbb macam im getting engaged after what ive been through
ive in sooo many relationships
sakit hati one ditipu dihina diherdik ada yg parents tak suka
ada yg tak suka i gemok ada yg compare i with his ex
ada yg nak kita sbb nak pinjam duit
ada yg nak kita as a doormats
macam2 but i never stop looking and waiting for love

finally i met a wonderful man
who is willing to be all by my side
who never compares me with anybody
who appreciates me
who loves to eat my simple cooking
even my egg sandwich got his compliments berderet2
:')
i love him to bits

i printed this card tak banyak pun
untuk sedara terdekat jek :)

for my E-day mini dais and hantaran deco i picked KhaiWeddingDeco to do it all
for him ada 7 dulang
for me ada 5 dulang
semuanya khai akan deco nanti

i went to his house last saturday night to discuss the hantaran concept, the colours i like and the design of the dais
khai is such a humble man, a soft spoken senang bawak bincang
im sooo happy boleh jadi client dia
seronok bincang sambil2 tgk koleksi pelamin kat ipad dia
me and bobet was in awe with his beautiful creations
serious.
boleh google je khaiweddingdeco and view his blog from there
i dah lamaaaa suka pelamin2 dia sbb i followed his IG
alhamdulilah ada rezeki dapatkan khidmat dia

dalam banyak2 tu i paling minat yang ni :D

lawaaaaaa kan????

yang ni mini jek
korang tak tgk lagi yang pelamin kat dewan, rumah kat khemah semua lawa gilaaaa uols
i macam berkelip2 mata tgk
haaaaahahaa

that night jugak i hantar barang2 for him to buat gubahan nanti


atas tu dulang for him
tgh tu konsep mini dais yg i suka
and bawah tu my dulang
semestinya ada element purple ;P

tapi taknak la reveal dulu
once dah siap i share kat blog ni k
kang tak suprise plak
heehhehe

baju tunang i hantar kat City Tailor
for custom made beading and design
alah design kurung moden jek and then kasi sulam tebok and beadings
heavy baju ni tau bila i try
i sukaaaa sangat and bila try depan my fiance to be diapun sukaaaa
:)


adat kat sarawak ni bila bertunang kena ada watikah pertunangan
watikah ni akan dibawa oleh pihak lelaki utk diserahkan pada pihak perempuan
ada nama yg bakal bertunang
duit utk buka mulut
duit adat bertunang
plus akan dinyatakan ada cincin dan hantaran2 sekali


this draft of watikah is specially made by my future MIL
she emailed to me for me to insert the IC numbers and such
nanti i akan print kat kertas lawa2 sket

caterer i dah book guna khidmat Patimah Mail catering
jemputan tak ramai dlm less than 200 pax sahaja
very intimate for close families and friends
jgn kecik ati kalo i tak jemput k
kahwin nanti i jemput ramai2 ;P

apalagi eh nak ready
ohh yess for doorgifts im so lucky when bobet wanted to sponsored
alhamdulilah dah ordered cupcakes dah
thanx bobet!
and to nieza and juzz thanx sponsored barang2 for him and for me too :D
i love you guys!

cant wait to meet up next week with my girls
pelamin insyaAllah akan dipasang next khamis malam
my fiance to be will arrive in kch next tuesday
his family akan dtg from bintulu hari rabu and some of them akan dtg khamis and jumaat
oh my

sbb 1st meeting hari tu merisik i mean modern way jeklah just kenal2 kat pullman in october
how time flies kan
am gonna be someone's tunang next week
doakan semuanya berjalan lancar k!

love from me yg debab mokmok sikmok diet sikduli bambam
hahahhaaa


will update more soon insyaAllah
goodnight!

Wednesday, January 1, 2014

Happy Twennyforteen and recap 2013!

 HAPPY NEW YEAR 2014!

2013 has been a good year to me
well good is so underestimate word to use
i must say it was AMAZING!

I started my january at the new working place
after 5 years working in contract basis, i finally got a permanent one
alhamdulilah
and i dont have to work on weekends or public holidays anymore
though i cant have OT just like before but its ok!
my weekends off are better than money
seriously :D

this year i went to kl three times
raon.
first gi wedding ima
second for my bday
and third was before flying off to china
and balit lekak ya singgah for another 2 nights

i know la org lain lagi lah salu fly kan
apalah sangat kl tu kheenn
but still for me. as a record lah
:D

 i went abroad to singapore and china as well
seronoknyaaaaa jalan2 negera orang
i always love singapore walaupun nilai mata wang memang mahal tp best sangat!

sampai singapore terus ke orchard road
nampak coach terus masok
then keluar w handbag baru
50% off uols.
dalam 278sgd
bila i gi kl nampak handbag yg sama it was rm1800.
haaa banyak jimat tuuuuu


we went to universal studios too
gila happening
memang best!



in november me my mom ida and fatin went to china trip
together w my mom's chinese friends
susah kalau gi china takde kawan chinese ke apa
sbb dorang memang jarang yg pandai english

went to hangzhao then off to suzhau
pastu ke shanghai then ke xia jing
and last balik ke hangzhao semula

pics in shanghai i update kemudian ok!
the cuaca alhamdulilah semua ok
cuma sejok ya ampun
sebab kitorang datang tu hujong2 autumn dah
kol 4 dah gelap
and temperature kalo malam down to 10 darjah celcius
kalo bangun pagi 6 darjah celcius jek
sejokkkkk tapi sangat memorable pakai baju sejok2
ala2 winter gitu

enjoy pics je k ;P






yang ni trip nak naik boat cruise pusing pulau dalam tasik
sejok gila ive to cover my head
macam nak beku muka ni ha



yang ni masa kat hangzhao
i mula2 sampai kan macam eh china ni apalah yg ada kan
sekali kauuuuuuuuuuu sangat maju okehhh
jangan main2

shopping mall siap dalam jejantas ada travellator macam kat klia tu
ko mampu?
seronok!


ni dah nak balik
sana memang kena pakai kasut masa jalan sbb ikut tour kan
and then jalan gilaaa punya jaoh
plus sejok so kena pakai stokin




 banyak bangunan tinggi and lawa2
kereta mahal pun bersepah hokey
porche hari2 aku tengok
audi punnn
sambil telan2 eklior
hehee



it was an awesome year
tahun ni insyaAllah akan travel to abroad again
taknak la bgtau dulu kang tak jadi khennn

in 2013 also ive met the family and decided to get engaged soon
mula2 nak betekol jak sekali my mum kata alang2 jek la majlis bertunang terus
alhamdulilah for now sikit2 dah bersedia la jugak
i will update precisely on that matter soon

overall, im happy.
to be happy is a choice
and i choose to be one
:)

thank you Allah for all the gifts You given me
im so grateful Alhamdulilah
all the rezeki, kasih sayang i couldnt asked for more

so have a happy new year again uols
i tahun ni takde resolusi k
i just nak jd anak yg baik, bakal tunang dan isteri yang setia, pekerja yg cemerlang, kawan yg tidak tikambelakang, semualah yg lebih baik dari tahun lepas
insyaAllah

i nak update blog selaluuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
macam dulu dulu
sedeh woih tgk dalam setahun tak sampai 100 updates
isk.

ok then ive to go now
nak masak bubor doyan
noms!

xoxo